Selasa, 13 Jun 2017

Dasar Islam : Haram Menghina Agama Lain

0 ulasan
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد , يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي  رب إشرح لي صدري و

Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.

Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunan-Nya di hari dan bulan yang mulia ini, Insya’Allah. Juga saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.

Para sahabat jamaah yang dikasihi, pilihlah jalan kebenaran agar redho Allahu Ta’ala senantiasa menaungi hidup kita.

Dasar Islam : Haram Menghina Agama Lain

Tidak hairan sama sekali adanya segala macam bahasa kasar, hinaan, kejian, kesat, celupar, cacimaki terhadap Islam, Nabi Muhammad Saw. dan ummatnya. Lantaran, dalam jiwa para kafiriin memang tidak pernah berhenti rasa amat benci dan hasad terhadap Islam dan ummatnya.

Yaqinlah, bahawa semua yang sedang berlagak baik dan berkata indah dihadapan kita selama ini pon, tidak lebih dari hanya menanam tebu ditepi bibir semata.

Bukanlah tujuan kalam ini mahu menghasut, tetapi seqadar mahu memberi peringatan supaya sentiasa berwaspada dengan strategi dan da'yah para kafiriin ini yang penoh kemunafiqan dan bermuka-muka.

Ummat Muslimin, seharusnya sedia mafhum dan ma'lum, perihal persepsi, penolakan dan penghinaan sebegini bukanlah hal pelik. Malah tidak sepatutnya kita menjadi dungu kehairanan seumpama kali pertama melihat makhluq asing dari dunia lain.

Disebalik segala macam kejian, hinaan, kedengkian dan cacimaki itu, Islam mempunyai garis dasar tersendiri tersendiri terhadap agama, kepercayaan, ritual dan adat kehidupan mereka. Insya'Allah! mari kita fahami supaya tidak tersilap.

Firman Allahu Ta'ala :

وَلاَ تَسُبُّوْا الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوْا اللهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan .... "
Surah Al-An'am (6) : 108

Imam Ismail bin Umar dalam Tafsiirul Qur'aanil Adziim, jilid 3 hal. 272 mengatakan :
Maka Allah Swt. menurunkan ayat ke 108 surah Al An'aam, melarang rosul-Nya dan orang-orang yang beriman mencaci sesembahan qaum musyrikin, sekali pon cacian itu mengandung kemaslahatan, kerana hal itu menimbulkan kerosakan yang lebih besar berbanding kemaslahatan itu sendiri, yaitu balasan orang musyrikin ke atas tuhan orang-orang Mu'min, padahal Allahu Ta'ala adalah "Rabb, yang tiada ilah (yang berhak diibadahi) selain Dia". Dan larangan itu menjadi dasar Islam selamanya.

Syaikh Muhammad Ali As-Sobuni dalam tafsirnya Sofwatul Tafaasir, jilid 1 hal. 410 berkata : 

“Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan berhala-berhala mereka, maka mereka kelak akan membalasnya dengan celaan kepada Allah dalam keadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran Allah Swt.

Ibnu Abbas berkata : orang-orang musyrikin Makkah berkata kepada Nabi Muhammad Saw. ; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami atau pon kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan larangan-Nya ini.

Prof. Wahbah Az-Zuhaili rhm. berkata dalam tafsirnya Al-Munir, jilid 7, hal. 327 :
“Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal yaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah-olah menggalakkan ma'siyat iaitu penghinaan kepada Allah dan rosul-Nya”.

Justeru, pesanan kepada diri saya sendiri, para sahabat jamaah dan seluroh ummat Muslimin, sebarang katabalas terhadap da'yah dan perangai buruk qaum musyrikin, seharusnya dibalas dengan ilmu dan kecerdasan, jangan sampai meletakkan perasaan melepasi fikiran.

Semoga memberi kebaikan dan munafaat

والله تعالى أعلم  ,  وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat faqir dan dhoif ini.

سكيان , والسلام

eddzahir @ 38
tanah liat, bukit mertajam



0 ulasan: